Saturday, June 23, 2012

Birthday Along :)




baru-baru ni menyambut hari lahir anak sulung aku .. dah 12 tahun dah.. besar dah pon. tahun ni along pula busy dengan nak UPSR. ummi doakan yang terbaik untuk along. persiapan untuk hari jadi along, xdak lebih mana pun. sebab masing2 sibuk dengan hal2. so, macam biasa la, kek tu WAJIB ada lah.. tapi tahun ni kek beli ja.. jom kita tengok cket gambar2 sambutan hari jadi along. :)



happy birtday ! Along :)


Adik Qis dgn kek alongnya. 


kek hari jadi tahun ni 


okay. potong. n MAKAN . 

ok lah. takat ni dulu coretan aku.. nanti ada masa aku update lagi. :)
 

Wednesday, May 23, 2012

BiRtHdAy AnAk ---MaC 2012

20 mac lepas birthday anak perempuan aku.Anak2 pulak...tiap2 kali birthday nak minta 'ummi'buatkan kek.Tapi mesti kek yang lin2....tak mau kek yg dah biasa buat.Huh...dia org ingat 'ummi'ni pakar buat kek ke?Tak tau ke,'ummi'pandai buat tg kek je.Kadang2 tu...buat le jugak demi memenuhi permintaan anak2.Kali ni,birthday anak bongsu aku....beli je.Tak sempat nak buat.....sibuk siapkan tg kek tempahan kawan2.Maaf ya sayang....tahun dpn kiranya ada rezeki,ummi buatkan.Kalau tak,kita beli je ye.

Tepung kek utk RAMADHAN & SYAWAL.

Assalamualaikum..... HeLlO....HeLlO....hElLo.... Hmmm...dah hampir 5 bulan aku tinggalkan blog ni.Selain alasan sibuk menguruskan rumahtangga....anak2 sekolah....bla...bla...bla....alasan lain ialah ketandusan idea & ayat utk dititipkan disini.Aku ni bukanlah penulis 'tegar'.Cuma menulis bila ada masa terluang & menulis tanpa menyusun ayat sastera.Main tulis jer kata org :) Hari ini...kembali menulis disini kerana ada sedikit masa terluang dan juga kerana bnyk menerima call/sms dan email yg bertanyakan tentang 'tg.kek coklat'.Baru tersedar...sekrang dah pertengan Mei....tak lama lg muncul jun...kemudian July.Maka bermulalah episod persediaan utk berpuasa dan menyambut ketibaan 1 syawal.Untuk pengetahuan semua....tg kek masih dijual seperti biasa.Tetapi bagi memenuhi permintaan utk bulan ramadhan dan syawal,tempahan awal diperlukan.Untuk penghantaran...tempahan mestilah minimum 10 pack dan kos penghantaran akan dicaj mengikut kawasan.Bagi tempahan borong dan yg memerlukan penghantaran,deposit diperlukan.Anda blh sms/email terus kpd saya. Terima kasih kpd anda semua yg sudi menyokong dan masih menyokong usaha saya.Terima kasih sekali lagi.

Saturday, January 28, 2012




CNY baru ni...aku balik kg.Dah setengah tahun tak balik rasanya.Selalunya mood nak balik kg berkobar kobar.Tapi kali ni mcm 'kurang'sikit.Tak tau kat mana silapnya.Balik pun macam tak balik jer.Tak sempat nak sembang ngan mama & abah.Tak sempat jalan jalan mcm selalu.Tapi sempat le jugak singgah PEKAN RABU...membeli apa yang patut.Hari ni...aku dah ada kat KL semula.
Hari ni juga aku start 'kerja'.Almaklumlah....bila dah bnyk hari cuti...balik kg lagi....'bank'pun dah susut RM.Alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada.Aku sangat sangat berTERIMA KASIH kat sahabat aku yang satu ni.Sentiasa menyokong aku....sentiasa menolong perkenalkan 'produk'aku kat kenkawan dia....dan melalui dia jugalah 'produk'aku makin diketahui orang.
Suami juga bnyk 'berperanan'dalam usaha aku ni.Dia tak kisah perkenalkan produk aku pada kenkawan office.Terima kasih juga untuk suami aku atas susah payah dan sokongan yg diberi selama ini.Kadang2 aku teringat kata org tertentu...'alah....setakat sikit2 tu,baik tak payah,buang masa je'.Tapi pada aku biarlah sikit sikit daripada tak ada langsung.Daripada aku buang masa pada yang tak berfaedah....baik aku buang masa dengan cara ni....boleh gak tambah RM aku.Biarlah,masing masing ada cara dan pendapat sendiri.Apapun aku suka dengan cara aku sekarang.Semoga anda semua tak jemu memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik keatas usaha ku ini.
Hmm....esok esok kita sambung lagi.Rasanya dah sampai masa utk tido.Berat mata memandang...berat lagi mataku nak buka.Selamat malam....

Thursday, January 12, 2012

Bosan asyik wat kek ja.....ni wat 'lain'lak :)



Hmm.....dah rasa bosak lak asyik adun tepung kek....buat kek....makan kek.Tapi kalau ada yang buat tempahan tu...aku buat la.Yang jemu ni maksud aku...buat dan makan sendiri.Hari ni nak tukar xtvt plak.Apakata kita makan rojak buah dengan homemade kuah rojak?
Memang sedap homemade kuah rojak ni.Kalau nak wat kuah yong tow foo pun boleh.Tambahkan sedikit air panas...gaul sebati.Kalau nak pedas sikit....tambahkan serbuk cili.Bahan bahan utk isinya diabasuh dan dicelur dlm air panas yg mendidih seketika.Hidangan istimewa bersama keluarga.
Tapi kalau korang nak tau....huh,ponet den nak tunggu kuah rojak ni masak tau.Kena masak lama....berjam jam.....ada lah lebih kurang 3 jam(pasal buat banyak).
Kalau ada sape2 nak cuba...boleh la order ngan aku ya.Tak mahal pun....RM 5 je.Bayangkan la klu nak buat sendiri.....letih!!!!
Hmmm....okey lah dulu.Aku ni bukannya apa...bnyk lagi keja lain nak kena buat lepas ni.Tapi esok2 kalau ada lagi menu2 baru yg jarang aku atau korang buat sendiri....aku update la lagi kat sini.Exspecially yang aku leh jual :)
Okeylah semua....jumpa lagi ya.

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012.



Assalamualaikum.Salam 1Malaysia dan selamat tahun baru untuk semua.Sekejap je rasanya masa berlalu dah habis setahun.Kini tahun baru menjelma.....mudah mudahan ditahun baru ini kita semua akan lebih berjaya dalam setiap langkah yg kita atur dan sentiasa dibwh lindunganNya.
Walaupun telah masuk tahun baru ,harga bagi produk UMMIEYLA masih kekal seperti tahun lepas.Masih dijual secara borong juga runcit.Anda blh dapatkan sendiri dengan menalifon saya di 019 3916885 atau email saya eyla_73@yahoo.com.my.Bagi yg berada diluar kawasan KL...penghantaran melalui pos juga boleh.
Dapatkan segera produk tepung kek UMMIEYLA.Berbanyak terima kasih pada semua yang sentiasa memberi sokongan pada produk ini.Terima kasih banyak banyak.