Monday, November 2, 2009

Hmm......tengok2lah menu istimewa saya ni.Ada b'day cake...ada biskut goreng.Biskut goreng?Mcm pelikkan nama dia?Pernah dengar tak?Pernah makan tak?Sebenarnya arwah nenek saya yang suka buat biskut goreng ni.Sesekali bila rindukan arwah,saya akan buat menu ni.Nak cuba?Senang je.....Cuma sediakan beberapa keping biskut(biasanya saya buat 10kpg).3 biji telur...campur sedikit garam dan kacau spt nak buat telur dadar.Bawang besar dan cili merah dimayang.Sedikit serbuk lada putih/hitam.Biskut tadi dipatah patahkan..kemudian direnjiskan sedikit air.Panaskan 2 sudu besar minyak,masukkan biskut sambil dibalik balikkan.Kemudian masukkan bawang dan cili,gaul.Tuangkan telur diatas permukaan biskut dan gaul rata(jgn sampai biskut hancur).Masukkan serbuk lada dan gaul.Angkat dan hidangkan.Ha...tunggu apa lagi,buatla air panas.Pastu makan lah.

No comments:

Post a Comment